Penerokaan Eropah Sejarah_Australia_Selatan

Pemerhatian pantai Australia Selatan oleh orang Eropah pertama direkodkan pada 1627 apabila kapal Belanda 't Gulden Zeepaerdt (Kuda Laut Emas), diketuai oleh François Thijssen, mengkaji pantai itu. Thijssen menamakan penemuannya itu "Pieter Nuyts Land", sempena individu dengan kedudukan tertinggi di atas kapal tersebut.

Pada tahun 1801-02 Matthew Flinders memimpin pelayarannya mengelilingi Australia yang pertama di atas kapal HMS Investigator, kapal peninjau Tentera Laut Diraja. Kapten Perancis Nicolas Baudin juga dalam misi tinjauan pada 1802, secara berasingan memetakan pantai selatan benua Australia dengan kapal Tentera Laut Perancis Géographe dan Naturaliste.

Ekspedisi British dan Perancis dapat saling lihat melihat, dan walaupun Perancis dan Britain sedang berperang pada masa itu, mereka bertemu secara aman di Encounter Bay ke tenggara Semenanjung Fleurieu.

Baudin merujuk kepada tanah itu sebagai "Terre Napoléon". Dalam pelayaran yang sama, Baudin menamakan Semenanjung Fleurieu sempena Charles Pierre Claret de Fleurieu, seorang penjelajah dan negarawan Perancis. Pada tahun 1802 Flinders menamakan Gunung Lofty tetapi merekodkan hanya sedikit kawasan yang kini menjadi Adelaide.

Charles Sturt mengetuai ekspedisi dari New South Wales pada tahun 1829 yang pertama sekali menyusuri Sungai Murrumbidgee menjadi 'sebatang sungai yang luas dan besar', yang dinamakan Sungai Murray. Kumpulannya kemudian mengikuti sungai ini ke persimpangan dengan Sungai Darling dan terus ke hilir sungai ke Tasik Alexandrina, di mana Murray bertemu dengan laut di Australia Selatan. Dengan penat lelah, kumpulan itu terpaksa mendayung kembali beratus-ratus hulu kilometer ke hulu untuk perjalanan balik.[2]

Rujukan

WikiPedia: Sejarah_Australia_Selatan http://www.adelaidefestivalcentre.com.au/afc/histo... http://www.helpmannawards.com.au/default.aspx?s=si... http://www.southaustralianhistory.com.au/hermannsb... http://www.adelaide.edu.au/news/print23081.html http://www.adelaide.edu.au/research/about/nobel/ http://adb.anu.edu.au/biography/sturt-charles-2712... http://www.curriculum.edu.au/cce/nicholls,9156.htm... http://aec.gov.au/Elections/Australian_Electoral_H... http://aec.gov.au/Elections/Australian_Electoral_H... http://www.aec.gov.au/Voting/indigenous_vote/indig...